Friday, September 5, 2014

sEkoLah PunYa AktiViTi

assalamualaikum salam sejahtera salam 1 Malaysia :) :)


PErh mcm dh nk bagi ucapan dekat perhimpunan...hehee, skema kan tuh
Alhamdulillah masih diberi rezeki tuk berkhidmat d Skk Smk Bandar utama Damansara 3...
best x g sekolah ada je program....cu teka nape best?? haahahaa....best la xpyh masuk kelas :P

29 ogos sekolah buat sambutan hari kemerdekaan stat dr pukul 7.30 sampai kul 9.30 jeeee...lps tu mengajar seperti biasa plus budak2 form 5 ada exam.. PERCUBAAN SPM..
sambutan hari kemerdekaan tuh lambat sikit stat sbb kitaorang tggu orang tb3 datang...hehe
waah mentang2 duk bandar utama...tb3 terus..

antara aktviti spanjang sambutan hr tu ada gimik kemerdekaan dari pelajar2...maaf la x amik gmbar pun...hehee, amik video saja..lepas tu ada nyanyi2 lagu patriotik lagu warisan,disinilah kita (tema kemerdekaan kita thn 2014) best lagu ni....mendayu-dayu bila dengar..

 senaman aerobik pun ada...sekolah ada jemput tetamu dari uitm xsilap diorng la yang conduct senaman tu...kita guru2 ni bersama pelajar duk kat bawah ikut diorng....huyyo happening betul...Pengetua dgn PK1 pon sporting abes.. ada gambar jap nk tepek :P :D


eh aku pun ada terselit sikit kat blakang cg fatimah...hehe

memang menjadi lah senaMAn ni....terasa pinggAng2 ....tuan pengetua pun bersemangat abes, sampai buang kasut tggl pakai sarung kaki je...kaki sakit katanya..pakai kasut kulit...kikiki

9.30 pagi...program abes sudah...dan aku kena standby tuk masuk kls form5 diorng ada exam kul 10.00...pendidikan moral hari tu kalo xsilap... 

sambutan hari kemerdekaan DONE!! selamat menyambut MERdeKA yang ke-57 "DI siniLah lahirnya sebuah CInTa"

Wednesday, August 13, 2014

Hala Tuju

Assalamualaikum sahabat-sahabat ku........

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya adilfitri dua ribu empat belaaaasss.
Panjang betul 2014 tu, itu menunjukkan lama bebenor aku tak meng'update' blog. Bukan apa masa tak mengizinkan dan terdapat beberapa kekangan yang xdapat dielakkan.

Kalo tengokkan tajuk post kali ini adalah HALA TUJU... haish..dah masuk setahun sebulan dah kut aku masih lagi mencari pekerjaan yang tetap lepas aku resign 17 Julai 2013 di syarikat yang lama. Sampai sekarang masih belum ada rezeki. Tapi xpe aku percaya dengan rezeki Allah, setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza ada yang cepat ada yang lambat,hehee...macam jodoh jugak,hehe. Jadi kena sabar la dengan ujianNya.

Berbalik kepada pasal berhenti kerja tahun 2013, berhenti kerja bukan saja2 berhenti bukan sebab ada kes hehe....berhenti kerja sebab perlu bagi comitment dekat kedua orang tua. Ayah aku ditimpa kemalangan, jadi pergerakan mak ayah terbatas untuk pergi ke sana ke mari sebab ayah dah tak boleh jalan tak boleh nak bawa kereta atau motor.

Aku sebagai anak yang masih bujang ini terasa terpanggil untuk balik ke kampung menjaga mereka. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja terus dan balik kampung disamping berniat untuk terus tinggal di kampung mencari kerja di sana. hehehe.

Seronok betul berada di kampung tambah-tambah berada dekat dengan mak ayah. Kadang-kadang datang jugak stress sebab memikirkan pasal kerja tambah-tambah ada kereta yang perlu dibayar setiap bulan, 3 4 bulan sempat lagi aku cover, lepas tu ayah yang tolong bayarkan. Terima kasih ayah. Sebetulnya sangat susah untuk dapat kerja di kelantan,huhhuhu.

Dipendekkan cerita awal bulan 4 tahun 2014 kakak aku yang kerja kL mesej cakap mintak tolong jagakan anak dia sebab dia perlu menghadiri program yang company dia buat. Disebabkan ayah aku dah semakin sembuh dan boleh berjalan boleh bawa kereta dia benarkan aku pergi kL balik dan benarkan aku cari kerja di KL. (xpe la mungkin rezekiku di KL kut). Agak berat hati mau tinggalkan mak ayah sebab lama kut tinggal di kampung hampir 10 bulan. Menangiss guaaaa

Akhirnya bawa la diri ke KL balik, adui tak de rezeki nak dapat kerja di kelantan. Berada di KL sambil tengok-tengokkn anak sedara aku mencari kerja, mencari dan terus mencari. don't give up, niat dihati dah tak nak cari kerja yang berkait dengan apa yang aku belajar. hohohoho...nak mintak kerja admin la ape la sudahnya nya pergi interview companya xyakin sebab aku xde pengalaman, penah jalani training customer service domino pizza...hahahaa....lawak betul abih training aku choww.....tapi yang best duit training dapat... dapatlah cover balik duit minyak aku.

Akhir bulan 5 2014, kawan kakak aku ada warwarkan di facebook nak pakai guru ganti di sek men keb bandar utama damansara 3. aku pun isi online guru ganti selangor, seminggu kemudian dapat panggilan dari PPD suruh datang interview dan pegawai ppd tu terus cakap aku boleh datang ke sekoloh esoknya(hari jumaat) tuk lapor diri tapi aku mintak hari isnin sebab xth lg sekolah tu kat mna,hehee...Alhamdulillah jadi cikgu,hehee..xpenah bermimpi jadi cikgu. :D

Sekarang dah bulan 8, kontrak ganti cikgu hari tu dah abis raya hari tu dan alhamdulillah terus ditawarkan untuk sambung ganti cikgu yang sepatutnya bersalin seminggu lepas raya tapiiiiiiiiiii sampai sekarang cikgu tu tak bersalin lagi katanya doktor tersalah kira hari,eh boleh pulak... aku hanya menunggu panggilan dari sekolah je la sambil2 mencari kerja. Kalau boleh aku mahukan pekerjaan yang tetap xde la pening kepala memikirkan pasal kerja seterusnya atau pasal gaji..hmmm masih belum ada rezeki....yang penting perlu sabar tabah menghadapi dugaan dari Nya...hanya usaha dan doa yang mampu aku lakukan. Moga ada sinar baru untuk ku kelak,mudah-mudahan :) . Wallahuallam,Sekian.