Monday, March 29, 2010

sEminaR current issues in ICt

alhamdulillah selesai sudeh seminar nih...=)

terima kasih pada sahabat2 terutama sekali kat puan awanis, lecturer/ merangkap penasihat program yg bnyk membantu dan beri sokongan kpd kami untuk menjayakan seminar ini...alhamdulillah berjalan dgn lancar~
penat2, program yg bermula dr pukul 8 sampai kul 5 lebh2...hehe

bak kata puan awanis "penat tp saya puas hati"~ hehe....



mR.Nazri abdullah from MIMOS.. a.k.a mR. hacker

windows 7


menyambut kedatangan tetamu dr kipsas & ikip

Saturday, March 27, 2010

26032010...data & network security presentation

26 mac 2010 adalah hari di mana kami pelajar 3bcn kne bukak booth presentati0n
untuk subjek data netw0rk & security kat blok w....kali pertama ni bukak booth, penat jgk la dari pagi sampai tengahari cakap x henti-henti sebab ramai jugak student yg datang berkunjung...hehe
penat tapi alhamdulillah semua berjalan dgn lancar...en.abdullah pun cam puas hati jek,hehe
sampaikan labsheet yang sepatutnye kne hntr pada hari kejadian dia boleh postpone kan..weee~
gumbira rase..tenkiu encik..
es0k (28 mac 2010) satu lg kepenatan menanti.. seminar cuRrent issues in ict kat blok w...moga2 berjalan dgn lancar..insyaALLAH


hann one of mY group members... =)

wakaka....

kak na & zeti....

aktiviti-aktiviti sepanjang presentati0n... =)



p/s : tunggu untuk psm presentati0n pulak...adoi, tolonglah kami untuk mengharungi psm ni ya Allah. Hanya padaMu kami berserah...



Thursday, March 18, 2010

Hmmm.... (^-^)

"La Takhaf Wala Tahzan Innallaha Ma'ana..."

ini lah kata2 yang sering diberitahu oleh ayah ku dan aku akan sentiasa igt kerana ia boleh membuatkan hati ku tenang bila aku sedih.takut..keseorangan dll. dan aku percaya Allah sentiasa bersama-sama ku...

di saat ini aku rase rindu sgt2 pada family,rindu ke ma & ay0h,adik beradik ...
dan aku rase nak balik...
satu lg aku sgt2 takut sebab psm x siap lagi...ya Allah bantu la hamba Mu ini, berilah aku jalan penyelesaian...


luv my family so much!!

rindu nye kat ank sedara...

Wednesday, March 17, 2010

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''

pengajaran dari cite ini adalah

jangan takbur pada pinjaman yang Allah berikan...

bila2 masa je Tuhan tarik balik...